
Salleh dan anaknya bersama dengan sebahagian barang antik koleksinya
ROMPIN – Seorang penduduk Muadzam Shah, di sini, menjadikan aktiviti mengumpul barang-barang antik sebagai hobi selepas berpencen sejak enam tahun lalu.
Tambah menarik lagi apabila hobinya itu dijadikan sumber pendapatan sampingan selain wang pencen yang diperolehi setiap bulan dan menjual hasil sungai di Pekan Sehari Temerloh.
Salleh Mat Tahar, 62, berkata, mula meniaga ikan di Pekan Sehari Temerloh sejak tahun 80-an lagi dan selepas berpencen, produk jualannya ditambah dengan barang antik pula.
“Saya melihat sekarang sudah ramai peminat barang-barang antik terutama di sekitar Temerloh dan Muadzam Shah.
“Permintaan bagi barang-barang antik juga agak tinggi, cuma di negeri lain mungkin sudah ada pasar karat, tetapi banyak daerah di Pahang belum ada,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Menurutnya, setiap barang antik mempunyai nilainya yang tersendiri dan yang berada dalam simpanannya kini ada yang mencecah RM2000.00 serta keseluruhan bernilai puluhan ribu ringgit.
Katanya, ini adalah hobi yang agak mahal dan menguntungkan, jika ada lebih atau telah banyak di kumpul, boleh dijual kepada sesiapa yang berminat.
Bagaimanapun, Salleh berkata, beliau sukar untuk mendapatkan kedai atau tempat berniaga di Muadzam Shah.
“Saya ada membuat permohonan untuk menyewa kedai dengan pihak berkenaan di sini tetapi tidak diluluskan.
“Sekarang saya tengah mencari tempat yang sesuai untuk berniaga dan mempamerkan barang-barang antik ini,” katanya.
Sementara itu, anaknya, Khairul Ikhwan Salleh, 27, berkata, kini sudah mula mencari dan membeli barang antik bersama ayahnya.
“Pada mulanya saya hanya mengikut ayah sebagai pemandu kereta kerana ayah sudah tidak boleh memandu selepas melalui pembedahan akibat sakit jantung.
“Dari situ timbul minat untuk menyimpan barang lama atau antik ini. Jika terjumpa di mana-mana saya pasti akan beli,” katanya.
0 komentar:
Posting Komentar