Sabtu, 28 Desember 2013

Salam semua,

Bersih Batal Demo Di Dataran Merdeka

KUALA LUMPUR – Bersih 3.0 tidak akan berlangsung di Dataran Merdeka.
Ini bererti, penganjur akur dengan arahan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur yang melarang sesiapa memasuki Dataran Merdeka bermula tengah malam ini sehingga 1 Mei.
Pengerusi Bersama Bersih 3.0, Datuk S Ambiga membuat kenyataan untuk akur itu dalam satu sidang media petang tadi.
“Kita tidak akan langgar perintah itu … Kita akan berkumpul di tempat-tempat perhimpunan yang tidak disebut dalam perintah itu (melarang kumpulan dan orang awam), dan bergerak sehampir mungkin ke Dataran,” katanya.
Pendirian terbaru Ambiga itu agak berbeza dengan kenyataan awalnya yang menolak perintah itu dan tetap mahu membuat perhimpunan duduk dan bantah di Dataran Merdeka.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh dilaporkan berkata, sesiapa yang diberkas kerana mengingkari perintah mahkamah boleh ditahan dan didakwa mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda sehingga RM2,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Fuad Ismail pula berkata, jika wujud suasana huru-hara atau kacau-bilau esok, maka penganjur Bersih 3.0 perlu bertanggungjawab. [MyNewsHub]

Categories: , , , , ,

0 komentar:

Posting Komentar

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!